Empat vendor tempatan untuk projek CKD pertama Porsche

oleh HEZERI SAMSURI|
Projek pertama Porsche untuk melakukan operasi pemasangan tempatan (CKD) pertama jenama premium itu di luar Eropah menggunakan empat vendor tempatan bagi membekalkan modul-modul khusus untuk model Cayenne.

Di bawah ialah senarai vendor-vendor tersebut dan modul yang dibekalkan.

 

ZF Chassis Systems

  • Membekalkan gandar depan dan belakang 

Hicom HBPO

  • Membekalkan modul muncung hadapan kenderaan 

Clarion Pulau Pinang

  • Membekalkan modul konsol tengah dan paparan meter

Sime Darby Auto Engineering

  • Membekalkan modul pintu

Porsche dan juga Sime Darby tidak mahu berkongsi sasaran unit pemasangan untuk projek ini, bermakna kemungkinan besar modul-modul yang dipasang oleh vendor-vendor ini menggunakan komponen luar atau  komponen tempatan yang generik.

Kesemua vendor-vendor ini menerima latihan teknikal dan kualiti bagi memastikan modul-modul yang dibekalkan menurut piawaian Porsche yang digunakan di kilang-kilang pemasangan mereka di Eropah.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jika dilihat dengan teliti, rekaan jam tangan ini sememangnya merupakan satu penghormatan kepada…
Berita Global
Tidak seperti emblem terdahulu, terdapat beberapa perubahan kecil yang dibuat seperti kehadiran…
Berita Global
Tatkala model tersebut kini menjadi buruan di kalangan para pengumpul model-model klasik Porsche,…