Empat seksyen pertama WCE bakal dibuka sebelum Raya?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laluan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) antara Hutan Melintang dan Teluk Intan (dikenali sebagai Seksyen 8) dijangka akan dibuka kepada umum sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pengarah Urusan WCE Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata, laluan sepanjang 19.1 km itu kini sudah menghampiri 95 peratus siap dan merupakan yang pertama dibuka daripada empat pakej laluan di Perak dan Selangor. 

Seksyen 9 sepanjang 28 km (Lekir - Changkat Chermin) dan Seksyen 10 sepanjang 16.6 km (Changkat Chermin - Beruas) pula dijangka akan dibuka setelah memastikan kerja-kerja yang dijalankan benar-benar mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. 
 


Ini juga termasuklah membuat ujian terhadap permeable paving dan ujian bearing dalam usaha untuk menjadikan laluan dan fasiliti sepanjang WCE disahkan selamat untuk dilalui dan digunakan oleh pengguna jalan raya semasa musim cuti perayaan tidak lama lagi. 

Manakala pakej laluan Selangor pula dijangka akan dibuka di bahagian utara negeri tersebut terlebih dahulu. 

Menurut beliau lagi, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dijangka akan mengumumkan keputusan untuk membuka kesemua empat pakej laluan tersebut hari ini. 
 


Lebuhraya WCE bermula dari Jalan Banting-KLIA kepada Persimpangan Tanjung Karang sepanjang 93.8 km dan selebihnya bermula daripada Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2 km.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Informasi
"Selain berfungsi sebagai lebuh raya alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan, WCE akan membuka…