Empat sekeluarga pengsan dalam Exora di Plaza Tol Bentong

oleh Mohamad Hanif|
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong, hari ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar. berkata kejadian berlaku pada 2.40 petang dan kejadian disedari anggota polis yang menjalankan rondaan Op Selamat serta kakitangan tol yang kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang awam.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Balakong, Selangor dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dalam badan.

"Keadaan itu seterusnya mengakibatkan kenderaan terlibat melanggar pintu tol tersebut," katanya menerusi kenyataan ringkas, di sini.

Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mengikut laporan media Indonesia, tiga beranak itu bertolak daripada rumah bersama sebelum…
Berita Domestik
  “Antara inisiatif untuk kurangkan kesesakan di terminal adalah konsep tanpa kertas guna kod QR…
Berita Domestik
Sempena dengan musim perayaan yang akan tiba, kempen itu dianjurkan bagi bagi memperkasakan…