Empat perkara yang membuatkan pemilik GT-R beralih arah ke Jeep Grand Cherokee Trackhawk

oleh Mohamad Hanif|
Membeli sebuah supercar seperti Nissan GT-R bukanlah satu pulangan yang cukup baik terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun ia sebuah jentera yang pantas, anda juga perlu berkompromi dalam banyak benda, termasuklah ruang untuk membawa ahli keluarga dengan selesa dan juga ruang yang agak terhad untuk membawa barang muatan. 

Jadi, untuk membawa keluarga dan juga barang dengan selesa tanpa perlu bersesak-sesak, dan pakej kuasa yang mencukupi, apakah pilihan yang ada? 

SUV.

 


Ya, SUV kini bukanlah satu objek dengan rekaan tiga kotak (three-box) dengan jarak kelegaan tanah tinggi yang tipikal, ia telah berevolusi menjadi lebih praktikal, lebih pantas, dan lebih bertenaga!

Lihat sahaja kepada penawaran SUV berprestasi tinggi seperti pengeluar Mercedes-Benz dan juga BMW yang masing-masing membawakan SUV talaan mereka untuk memenuhi keperluan keluarga. 

Di Amerika Syarikat, kehadiran Jeep Grand Cherokee Trackhawk berkuasa 707 hp itu telah mendatangkan dilema kepada para pemilik GT-R, menurut Scott Tallon, ketua Jeep Amerika Utara ketika ditemubual oleh Muscle Cars & Trucks.
 


Menurut Tallon, semenjak mereka memperkenalkan Jeep Grand Cherokee Trackhawk, syarikat itu telah menerima pelbagai permohonan trade-in daripada para pemilik Grand Cherokee SRT. 

Namun, jika dibandingkan dengan para pemilik kenderaan berprestasi tinggi, para pemilik GT-R nampaknya mengatasi senarai tersebut.

Empat perkara yang membuatkan pemilik GT-R ini tertarik kepada Grand Cherokee Trackhawk adalah:


1. Kuasa

Secara kasarnya, Jeep Grand Cherokee didatangkan dengan enjin pengecas lampau 6.2 liter bentangan V8 Hemi yang mampu menghamburkan 707 kuasa kuda dan 874 Nm. 

Bayangkan dengan kuasa sebesar itu, mengapa anda perlu kekal dengan Nissan GT-R standard 570 PS itu? 

2. Keupayaan menunda

SUV ini mempunyai keupayaan menunda beban seberat 3,266 kg, terima kasih kepada enjin V8 itu tadi dan sistem pacuan semua roda Quadra-trac. 

 


3. SUV yang luas

Jeep Grand Cherokee Trackhawk, walaupun ia lebih berkuasa, namun masih mampu menawarkan keluasan ruang kargo 1,027 kg berbanding Nissan GT-R 249 liter sahaja. 

SUV dengan dua baris tempat duduk ini sememangnya mampu membawa lima orang dewasa dengan selesa. 

4. Tak perlu besarkan garaj!

Menurut Tallon lagi, kebanyakan pemilik yang bertukar kepada Trackhawk tidak memiliki ruang garaj ekstra bagi menempatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa.