Empat mitos berkenaan EV yang sering disalah anggap

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh lima tahun, jualan kenderaan elektrik (EV) di peringkat global meningkat sebanyak 23 kali ganda, dengan 37 peratus daripada pengguna di Asia Tenggara kini mula mempertimbangkan untuk memiliki sebuah EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan kajian Masa Depan Kereta Elektrik di Asia Tenggara oleh Frost & Sullivan dan Nissan, terdapat kira-kira satu pertiga daripada pengguna sudah bersedia untuk membeli sebuah EV, akan tetapi masih wujud keraguan untuk memilikinya. 

Antara empat faktor yang menghalang pemilikan EV termasuklah

1. Mengecas EV memerlukan masa yang lama
2. Jarak EV yang singkat
3. Pengalaman Pemanduan EV
4. Pemilikan sebuah EV

Jadi, ETCM dan Nissan ingin berkongsi maklumat berkenaan Nissan LEAF yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi:
 

1. Masa pengecasan yang singkat


Sehingga kini terdapat tiga cara mengecas EV, iaitu outlet standard yang memakan masa 13 jam, Wall Box Charger yang lebih pantas dan juga CHAdeMO Quick Chargers. 

Untuk Nissan LEAF pula, Nissan menawarkan cara pengecasan yang lebih mudah iaitu: 

Wall Box Charger 6.6 kW -  mengambil masa kira-kira 7 jam untuk mencapai kapasiti penuh
Mod pengecasan pantas CHAdeMO 50 kW - mampu memendekkan masa menunggu sehingga 60 minit untuk pengecasan penuh dan boleh diakses di kawasan pejabat dan tempat rehat lebuh raya seperti di ABB Subang, Nichicon (Bangi) dan RnR Ayer Keroh (Arah Selatan). 
 

2. Jarak yang sesuai untuk kegunaan seharian


Berdasarkan kajian, purata rpemandu di Asia Tenggara memandu di dalam jarak lingkungan 80 km untuk sehari. 

Berkat kemajuan teknologi pek bateri masa kini, jarak kini bukanlah satu kebimbangan bagi mereka yang mahu memiliki sebuah EV. 

Nissan LEAF dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion 40 kWh sekaligus mampu menawarkan jarak operasi sejauh 311 km mengikut data kitaran NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah Yang Baru). 

 

3. Pengalaman Pemanduan


Kereta elektrik generasi baharu direka supaya dapat memberikan pemanduan yang lebih mengujakan, selamat, bersih dan seronok berbanding kereta konvensional. 

Dengan kuasa 100 peratus daripada tenaga elektrik sepenuhnya, Nissan LEAF mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j dan mampu mencapai kelajuan 150 km/j. 

Titik graviti juga lebih rendah, terima kasih kepada pek bateri yang diposisikan di bahagian tengah kenderaan memberikan pengendalian yang lebih mantap dan kestabilan di selekoh. 

Teknologi e-Pedal juga kini menjadi ciri utama Nissan LEAF, di mana anda boleh memecut, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan dengan hanya satu pedal sahaja. 

Selain daripada itu, tiada sebarang pencemaran bunyi dan emisi yang ditawarkan oleh Nissan LEAF. 

Ciri keselamatan yang cukup lengkap juga membolehkan Nissan LEAF mencapai penarafan lima bintang penuh oleh JNCAP. 

Dengan enam beg udara didatangkan sebagai standard, Nissan LEAF juga dilengkapi dengan teknologi Safety Shield yang merangkumi: 

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW)
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA)
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Trace Control
  • Bantuan Mula Mendaki
  • ABS, Bantuan Membrek
  • Kawalan Dinamik Kenderaan
  • Pengedaran Brek Elektronik

4. Pemilikan sebuah EV - kurang belanja!


Jika dibandingkan dengan kereta konvensional, EV memiliki jumlah komponen yang bergerak yang sedikit, dan para pemilik boleh menikmati penjimatan daripada kos penyelenggaraan dan bahan api. 

Dengan Nissan LEAF, ia hanya menelan belanja sekitar RM20.64 (berdasarkan pengiraan 300 kWh seterusnya @ RM0.516 kWh) untuk setiap caj penuh dan kos untuk setiap kilomter juga lebih rendah, sekitar RM0.07.

Kos penyelenggaraan juga lebih rendah di mana Nissan LEAF memerlukan penyelenggaraan untuk setiap 20,000 km jarak perbatuan sahaja. 

Malah, Nissan LEAF juga mampu menawarkan ruang kabin dan kargo yang sama besar seperti sebuah kereta biasa, iaitu 435 liter dan masih mampu memuatkan lima orang dewasa dengan selesa. 

 


Untuk peminat EV di Malaysia, Nissan menerusi ETCM dijangka akan melancarkan Nissan LEAF pada hujung bulan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…