Empat kereta rosak termasuk sebuah Myvi berusia enam bulan akibat dihempap pokok

oleh SALINA JALIL|
Kebimbangan penduduk terhadap kedudukan pokok yang boleh mengancam keselamatan orang ramai akhirnya menjadi kenyataan apabila pokok terbabit tumbang sehingga mengakibatkan empat buah kereta rosak dalam kejadian di Apartment Jasmine Court, Bandar Puchong Jaya, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dua daripada kereta terbabit turut mengalami kerosakan teruk termasuk sebuah Perodua Myvi yang baru dibeli pemiliknya kira-kira enam bulan lalu.
 

Pemilik Perodua Myvi tersebut, Marissa Majella, 30-an, yang juga seorang konsultan berkata, walaupun terpaksa berputih mata, dia bersyukur kerana berada di rumah sewaktu kejadian.
 

 

"Saya mungkin cedera parah jika berada dalam kereta waktu itu. Lihat kereta saya remuk dari bahagian bumbung kereta hingga ke 'dashboard'.

 

"Kereta ini saya baru letakkan dalam unit parkir sejak sebulan lalu, sebelum ini saya letak kereta di tempat lain," katanya.

 

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali Razif, 30-an memaklumkan, dia baru selesai meletakkan kenderaannya dalam petak parkir sebelum bahagian depan keretanya dihempap pokok terbabit.

 

Situasi mengejutkan itu berlaku ketika dia masih berada di dalam kereta dan tiba-tiba terdengar pokok tumbang. "Saya bernasib baik kerana hanya terkena serpihan ranting patah dan bukannya dahan besar. Kereta saya tidak alami kerosakan teruk, hanya kesan calar-calar," katanya.
 

Sementara itu, Ketua MCA Subang, Lawrence Chiew berkata, pihaknya telah memanjangkan perkara tersebut kepada Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon untuk tindakan susulan.

 

"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau yang perkara itu telah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang akan menghantar pegawai dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

 

Menurutnya, sebelum ini kebimbangan penduduk berhubung pokok di kawasan Kolej Tingkatan Enam Batu 8 Puchong itu pernah dipanjangkan kepada pihak sekolah dan pihak berkaitan sekitar November tahun lepas yang turut berjanji menyelesaikannya pada Januari lalu.

 

Bagaimanapun, tiada tindakan diambil sehingga sekolah ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan, sebelum dibuka semula minggu lepas.

 

"Saya cuma berharap isu ini diselesaikan segera kerana terdapat antara dua hingga tiga pokok lagi berisiko menunggu masa untuk tumbang.

 

"Jika pokok itu tumbang kali ini bukan hanya kereta yang kena tapi bangunan blok H yang terletak paling hampir juga berisiko," katanya.
 

 

 

 

SH

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala…
Berita Domestik
  Sebelum itu pada Selasa lalu,  mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan…
Berita Domestik
  Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.17 petang mengenai kejadian tersebut…