Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat kenderaan itu diparkir di tepi jalan menghala ke Triang.
Menurutnya, kesemua pemandu kenderaan terbabit berada di rumah rakit sedang memancing.
"Semasa perjalanan Toyota Vellfire dari Gemas menghala ke Temerloh dan perjalanan sampai di lokasi kejadian, kenderaan tersebut telah mengelak sebuah lori yang tidak dikenali nombor pendaftarannya yang memasuki laluannya.
"Kejadian menyebabkan Toyota Vellfire itu tidak dapat mengawal kenderaan dan terbabas ke kanan jalan melanggar keempat-empat kenderaan yang diparkir di tepi jalan tersebut," katanya dalam kenyataan.
Pemandu Toyota Vellfire terbabit mengalami kecederaan di bahagian pinggang.
Jelas Mazlan, hasil ujian saringan awal air kencing pemandu Toyota Vellfire itu didapati negatif.

Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan.
Sementara itu, gambar kejadian turut tular di media sosial memaparkan kerosakan yang dialami kenderaan yang terlibat.