Cabaran ini menyaksikan para peserta perlu menempuh ujian tunggangan serta pengendalian di atas beberapa jalan berhalangan.
Beberapa finalis terbaik telah dipilih untuk persaingan hari kedua bagi merebut peluang eksklusif menyertai acara "Follow The Trails" (FTT) yang menjadi sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania pada Oktober nanti.

Empat pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.
Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami (International GS Trophy) yang mengambil tempat di beberapa lokasi ekstrem di seluruh dunia.
"Kami ingin membawakan keterujaan pengembaraan tersebut untuk para penunggang GS di Malaysia dan saya percaya para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan dan cabaran penunggang yang merupakan ramuan untuk kelahiran jentera GS.