Empat-empat tayar dirembat pencuri walaupun parkir di hadapan rumah

oleh SALINA JALIL|
Kereta milik seorang wanita telah dicuri keempat-empat tayarnya di parkir hadapan rumah di sebuah kawasan perumahan di Penaga, Pulau Pinang pada hari Isnin (27 April) lalu.

 

Gambar kereta wanita tersebut yang kehilangan keempat-empat tayar tersebut telah menjadi viral di media sosial dan wanita tersebut telah pun membuat laporan polis pada semalam, Selasa (28 April) setelah jirannya memaklumkan kepadanya.

 


Ketua Polis Cawangan Seberang Prai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa telah meletakkan kereta di luar rumahnya kerana tidak ada lagi ruang di dalam kawasan kediamannya.

 


"Mangsa turut mengatakan bahawa kereta mereka dilengkapi dengan sistem penggera tetapi tidak ada sensor pada bahagian tayar. Walaupun mereka mempunyai CCTV di depan rumah mereka dan kami telah memeriksa rakamannya, tetapi wajah suspek tidak jelas, ”katanya lagi.

 


"Kami berharap orang ramai berhati-hati dan pada masa kami ingin menasihati agar tidak menularkan berita sebegini di media sosial kerana akan menimbulkan kebimbangan," tambah Noorzainy lagi.

 

 

 

sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pemilik Toyota Hilux yang sedang tidur, hanya menyedari pacuan empat roda itu dilarikan selepas…
Berita Global
Menurut laporan daripada Metro Detroit News, sebuah Ford Mustang Shelby GT500 telah digunakan untuk…
Berita Global
Namun, bagi golongan yang tidak bertanggungjawab, mereka kini mempergunakan teknologi yang ada…