Empat cedera bas rempuh plaza tol

oleh Hamimah Hamid|
EMPAT penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan tersebut merempuh penghadang Plaza Tol Ipoh Utara dekat Jelapang di Ipoh petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.08 petang itu, bas terbabit membawa 16 penumpang dalam perjalanan dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan ke Terminal Meru Raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdapat 16 penumpang di dalam bas terbabit dengan 10 daripadanya adalah wanita.

"Rempuhan di bahagian penghadang tol itu mengakibatkan empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainunoleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan selanjutnya," katanya. 

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang.