eMotion Surge - motosikal naked middleweight berkuasa elektrik dari India

oleh Mohamad Hanif|
eMotion Motors, sebuah syarikat pengeluar basikal dan skuter elektrik yang berpangkalan di India kini melancarkan sebuah motosikal berkuasa elektik, digelar Surge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengambil masa kira-kira tujuh tahun penyelidikan, Surge telah menjalani jarak pengoperasian percubaan sejauh 30,000 km sebelum pihak eMotion benar-benar yakin akan produk mereka. 
 


Surge mampu mencapai kelajuan tertinggi 120 km/j dengan pecutan dari 0-100km/j sepantas empat saat, berterima kasih kepada daya kilas raksasa yang disalurkan kepada roda belakang sebanyak 517 Nm. 

Dilengkapi dengan bateri 40 Ah, Surge mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 100 km. Terdapat pilihan menaiktaraf kapasiti bateri untuk memberikan jarak pengoperasian sejauh 200 km dengan sekali cas penuh. 

eMotion Surge turut dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas yang mampu mencapai hampir 80% kapasiti bateri dalam masa hanya 30 minit sahaja. 

Bagi memberikan lebih kawalan kelajuan kepada penunggang, eMotion Motors melengkapkan Surge dengan kotak gear empat nisbah kelajuan. 
 


Motosikal elektrik ini didatangkan dengan skrin sentuh 7 inci yang memaparkan informasi penting termasuklah jarak pengoperasian, selain daripada sambungan storan awan dan ciri lokasi GPS bagi memudahkan penunggang dan sistem anti pencuri. 

Untuk makluman, rekaan tangki palsu pada Surge yang sinonim dengan motosikal naked konvensional itu bukanlah sebuah tangki bahan api.

Ia merupakan ruang storan yang direka untuk memuatkan lebih daripada sekadar helmet penunggang. 

Setakat ini, tiada info berkenaan harga jualan yang dikeluarkan oleh pihak eMotion Motors.