EMOS tawar khidmat bantuan tunda percuma untuk pemilik Kawasaki, serta model rebadge Modenas

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) kini menawarkan khidmat bantuan tunda bagi pemilik jentera Kawasaki melalui Multi Auto Rescue Sdn Bhd berkuat kuasa 1 November 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Khidmat yang ditawarkan adalah percuma bagi motosikal jenama Kawasaki, serta model Kawasaki yang dijenamakan semula di bawah Modenas untuk tahun produksi 2022 dan didaftarkan bermula 1 Ogos 2022 dan seterusnya.

EMOS menawarkan khidmat tunda percuma meliputi segala jenis kerosakan atau kemalangan sejauh 100 km pergi balik di seluruh Malaysia termasuk bandar utama di Sabah & Sarawak seperti berikut:

  • Sarawak - Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Sri Aman
  • Sabah - Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Lok Kawi, Sandakan, Tawau, Kota Murudu, Ranau, Kundasang, Keningau, Lahad Datu, Labuan, Papar

Bayaran sebanyak RM2.00/km akan dikenakan untuk tundaan melebihi jarak 100 km.
 

Kawasaki


Setiap ahli akan menerima khidmat bantuan tunda sebanyak empat kali secara percuma dalam masa setahun, dan sah dalam tempoh setahun sahaja selepas tarikh motosikal didaftarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, “Kami di EMOS sentiasa mencari peluang dan cara baharu dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna-pengguna motosikal kami. Dan kami tahu, tidak ada penunggang yang mahu berjalan sambil menolak motosikal berat mereka, malahan ada yang terpaksa meninggalkan ia terkandas ditepi lebuh raya. Dengan itu, kami menumpukan lebih masa dan sumber dalam memastikan pelanggan kami menerima bantuan tundaan dengan pantas, cekap dan selamat untuk kedua penunggang dan motosikal.”

Pemilik motosikal jenama Kawasaki, serta model Modenas Ninja dan Modenas Z boleh menghubungi talian bebas tol Kawasaki Roadside Assistance 24/7 di 1-800-88-0008, atau dengan melayari http://www.kawasaki.com.my/home atau Kawasaki WhatsApp Careline di talian  +6019-570 8135.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…