Majlis pelancaran pusat 4S baharu itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah Alam, Dato’ Chear Kin Keong, Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran EMOS, George Kashiwagi.

Pusat 4S Kawasaki Shah Alam itu merangkumi 4 aspek utama iaitu Sales (jualan), Spare Parts (alat ganti), Services (servis) dan Showroom (bilik pameran).
Pusat 4S itu juga dikategorikan sebagai Kawasaki All Star dimana ianya akan menampilkan barisan model terkini Kawasaki dari pelbagai kategori dan sesaran enjin.

Pusat 4S Kawasaki Shah Alam itu beralamat di 46, Jalan 15/22, Taman Perindustrian, Tiong Num, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Untuk sebarang maklumat mengenai pusat 4S baharu itu, anda boleh layari laman sesawang rasmi Kawasaki atau hubungi mereka di talian 1-800-880-008 dan WhatsApp mereka di talian +6019-570 8135.