EMOS kini pengedar eksklusif jenama Kawasaki di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat dan pengedar rasmi Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Pelantikan ini bukan sahaja merangkumi aspek pengedaran, malah EMOS juga bertanggungjawab terhadap alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti panggil semula jika diperlukan.

EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan bagi melancarkan lagi proses ambil alih  yang turut dibantu oleh bekas pengedar Kawasaki, KMSB Motors Sdn Bhd.

Dalam tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki boleh boleh merujuk kepada mana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian, serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

Semalam, Careta telah melaporkan bahawa KMSB Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd) telah menghentikan operasi pengedaran bagi jenama Kawasaki di Malaysia selepas 33 tahun.