EMOS akan mengedarkan Z-Box Edisi terhad itu kepada 300 pembeli terawal model Modenas Z250 baharu, setiap kotak akan mengandungi :
- 1 unit Buku “Z Chronicles”
- 1 helai baju-T Kawasaki Z
- 1 helai sarung kepala Kawasaki

Pada tahun 1972, Kawasaki telah memperkenalkan salah satu motorsikal yang mengubah sejarah industri permotoran, iaitu Kawasaki 900 Super4 atau digelar sebagai Z1.
Z1 merupakan motosikal pertama dalam kelas nya yang dikuasakan oleh enjin 903 cc 4 silinder sebaris DOHC, dimana ia menjadikan Kawasaki dengan teknologi termaju pada zamannya.

Dengan kejayaan luar biasa model Z1 dalam pasaran, Kawasaki telah meluaskan model siri Z dengan perkenalan model Z400 yang memberikan tunggangan lebih sporty, model KZ900LTD dengan kuasa dan keselesaan.
Serta perkenalan motosikal “super sport” kelas pertengahan iaitu model Z500 serta Z400FX, dan beberapa tahun kemudian Kawasaki terus memberikan penawaran model dengan pelbagai peringkat.

Semenjak 1972 hingga 2021, Kawasaki telah mengeluarkan sebanyak 2,571,000 unit model siri Z di seluruh dunia.
Semua pembeli Modenas Z250 boleh layari laman web Modenas atau Kawasaki untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Z-Box Edisi Terhad yang terhad kepada 300 pelanggan terawal.