eMoovit jadi syarikat pertama uji kereta swapandu di Cyberjaya

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah inisiatif National Regulatory Sandbox oleh Kementerian Pengangkutan, Cyberjaya telah pun dipilih sebagai lokasi khusus untuk pengujian kenderaan swapandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu laporan terbaharu daripada rakan media Amanz, Futurise telah pun mengumumkan syarikat pertama yang diberikan kebenaran untuk melakukan pengujian kereta swapandu di lokasi berkenaan, iaitu eMooVit.

eMoovit Technology Sdn Bhd (eMoovit) merupakan anak syarikat di bawah kumpulan MooVita yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan mempunyai kepakaran di dalam menawarkan solusi perisian pemanduan tanpa pemandu untuk persekitaran urban.

Malah, ia juga boleh diaplikasikan untuk beberapa aspek seperti pengangkutan, logistik dan juga penyelesaian utiliti.

Mungkin pada masa akan datang kita akan dapat melihat lebih banyak syarikat dibenarkan untuk melakukan pengujian kereta swapandu di negara ini.

Sumber: Amanz, Digital News Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ia diumumkan Futurise yang membangunkan laluan pengujian itu bersama Kementerian Pengangkutan (…
Berita Domestik
Tatkala masih ramai di antara kita yang terkial-kial menikmati rangkaian 4G, teknologi 5G sudah pun…