Emisi CO2 semakin ketat - Suzuki hentikan penjualan Jimny di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Oleh kerana peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat di Eropah, perubahan tersebut bakal memberikan kesan kepada penjualan kenderaan yang tidak dilengkapi dengan sistem hibrid, seperti contoh Suzuki Jimny.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu laporan terkini, Suzuki akan menghentikan penjualan SUV offroad cilik Jimny dari pasaran Eropah berikutan perubahan peraturan yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan. 

Menurut peraturan terkini, setiap pengeluar perlu mematuhi regulasi pelepasan emisi CO2 dan tidak mengejutkan apabila Suzuki Jimny sebenarnya tidak mampu untuk memenuhi peraturan tersebut. 

Jadi, adakah ini satu pengakhiran buat Jimny di Eropah?

Tidak sama sekali. 
 


Terima kasih kepada ruang lompong yang tersedia, Suzuki Jimny bakal kembali ke pasaran tersebut, namun bukan sebagai kenderaan penumpang. 

Sebaliknya, ia bakal didaftarkan di bawah kenderaan komersil (yang tidak tertakluk kepada peraturan emisi) dengan tempat duduk baris kedua dibuang dan sedikit perubahan dibuat pada ruang dalaman.

Namun, menurut laporan Autocar India, Jimny versi biasa dijangka akan kembali ke pasaran dengan enjin baharu namun ia sekadar khabar angin semata-mata. 

Di Malaysia, memandangkan Suzuki telah lama keluar dari pasaran, kita sememangnya tidak dapat menikmati model-model Suzuki terbaharu melainkan bersabar menunggu kehadirannya menerusi pengimport kenderaan yang berdaftar.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan…