Emirates tamatkan khidmat 600 orang juruterbang Airbus A380

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penerbangan UAE, Emirates dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 600 orang juruterbang sebagai langkah penstrukturan dan pemulihan daripada wabak COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada UK Aviation News yang dipetik daripada MoneyControl, sebahagian daripada 600 orang juruterbang yang diberhentikan itu merupakan pegawai percubaan pertama yang mengendalikan pesawat Airbus A380.

Langkah tersebut merupakan petanda bahawa Emirates cuba untuk mengurangkan operasi pesawat A380 kepada 40 unit sahaja.

Sebagai pengetahuan, Emirates merupakan operator pesawat Airbus A380 yang terbesar di dunia di mana syarikat penerbangan yang berpengkalan di Dubai itu memiliki kekuatan sekitar 115 unit pesawat dua tingkat tersebut.

Dengan keadaan semasa, Emirates juga turut melakukan perbincangan dengan Airbus untuk membatalkan tempahan beberapa unit pesawat A380.

Dengan langkah terbaharu yang diumumkan ini bermakna Emirates telah pun memberhentikan 792 orang juruterbang setakat ini, malah syarikat itu diberitakan akan mengurangkan sehingga satu pertiga daripada 70,000 orang pekerja dalam masa terdekat.


Sumber: UK Aviation News