Emerald Auto Parts sumbang kepakaran kepada pelajar TOC Automotive College

oleh Mohamad Hanif|
'Pakar Sistem Brek', Emerald Auto Parts Sdn Bhd bakal menyumbang tenaga dan kepakaran kepada TOC Automotive College dalam komitmen untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing golongan muda di dalam industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mencipta kesedaran jenama dan hubungan industri jangka panjang, para pelajar TOC juga berpeluang untuk merasai sendiri produk brek Emerald pada sesi praktikal dan program pendidikan yang berterusan.

Perjanjian antara kedua belah pihak itu ditandatangani sendiri oleh Hong Lee Ching, Pengarah Urusan Emerald Auto Parts Sdn Bhd dan Adelaine Foo, CEO dan Pengasas TOC Automotive College bertempat di TOC Petaling Jaya, Selangor.

Emerad Auto Parts merupakan peneraju pasaran dengan pengkhususan di dalam mengedarkan produk sistem brek kenderaan di Malaysia, di mana mereka lebih terkenal sebagai pengedar rasmi produk brek berjenama Brembo.
 

Emerald


Selain menjadi pengedar tunggal yang mempunyai rangkaian penuh produk pelapik brek dan cakera brek untuk semua model kenderaan dalam negara, Emerald juga turut mengedarkan jenama-jenama premium seperti SAM, Seiken, Champion, Sanwa, Remsa, serta produk termasuk komponen brek hidraulik, kabel pengawal, komponen elektronik enjin, sistem pemasaan dan juga sistem penyejukan.

Menurut Pengarah Urusan Emerald, Hong Lee Ching berkata, "industri automotif termasuk bahagian alat ganti merupakan satu industri yang menjanjikan dan menawarkan peluang pekerjaan. Jadi, adalah penting untuk memperkasakan bakat tempatan bagi memastikan mereka terus maju dan pergi dengan lebih jauh.

Adelaine Foo, CEO dan Pengasas TOC turut berkata, "Kami (TOC) percaya tiada batasan di dalam aspek pendidikan. Tiada sempadan khusus untuk meraih lebih banyak ilmu pengetahuan, dan di sini kami mendapat sokongan daripada Pakar Sistem Brek, Emerald untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada para pelajar kami.