Emblem stereng mudah tercabut punca 30 unit Chevrolet Camaro dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Kita sebelum ini telah pun membaca laporan berhubung kempen panggil semula melibatkan komponen beg udara, namun kali ini kes yang dilaporkan agak unik dan melibatkan hanya 30 orang pemilik sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kempen panggil semula yang dikeluarkan oleh General Motors, mereka memanggil semula 30 unit Chevrolet Camaro hanya disebabkan oleh emblem pada stereng yang tidak dipasang dengan sempurna.

Di dalam insiden kemalangan, emblem Camaro itu dikatakan mampu bertukar menjadi objek projektil dan meningkatkan risiko kecederaan kepada pemandu.

Mujur tiada sebarang kes kecederaan dilaporkan berhubung isu ini, dan GM akan menggantikan modul beg udara sebelah pemandu tanpa sebarang kos dikenakan kepada pelanggan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…