Elon Musk tidak putus asa - projek-projek terowong masih "on"!

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa tahun lalu, Elon Musk memulakan projek Hyperloop untuk menghasilkan terowong atas tanah yang akan menggunakan sebuah "pod" atau kelongsong yang mempunyai penumpang dan bergerak di dalam terowong tersebut menggunakan apungan magnetik.

Pod itu akan bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain menggunakan motor induksi yang diletakkan di dalam terowong tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu lagi projek terowong oleh Elon Musk ialah projek The Boring Company - terowong bawah tanah (ini baru namanya terowong) yang membenarkan sebuah kereta bergerak di dalamnya dengan memasang roda luncur untuk daya geseran yang rendah dan operasi pemanduan autonomi di dalam terowong-terowong tersebut.

Kedua-dua projek Elon itu sudah berada di dalam proses prototaip dan pihak media (sahihnya bukan dari Malaysia) dibenarkan untuk mencuba kedua-dua sistem itu (dengan menggunakan Tesla Model X).

Nampaknya Elon masih setia dengan projek itu dan terowong The Boring Company akan beroperasi untuk pertama kali di Las Vegas dalam tahun 2020 ini.

"Terowong itu akan menghubungkan Convention Centre ke The Strip di Las Vegas, dan kami akan memulakan projek-projek yang lain," menurut kenyataan Twitter oleh Elon.

Projek pertama itu mula dibina November lalu dan akan melalui di bawah bangunan kampus Las Vegas Convention Centre dan akan menggunakan kenderaan Tesla.

Ia akan membenarkan penumpang untuk bergerak di kawasan kampus sebesar 200 ekar itu dalam masa bawah satu minit dan ia mampu membawa seramai 4,400 penumpang dalam masa sejam, bergerak di antara tiga stesen.

Bila siap, sistem terowong itu akan mempunyai dua terowong yang mempunyai jarak satu batu untuk setiap satu.

Terowong itu akan dibuka untuk kenderaan-kenderaan elektrik dari jenama lain juga.

Bayangkan sebuah "moving walkway" atau sistem pejalan kaki elektrik di lapangan terbang tetapi yang ini ialah untuk kenderaan elektrik.

* Artikel asal dari Popular Mechanic

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…