Elon Musk Sahkan Akan Kekal Sebagai CEO Tesla Sekurang-kurangnya Lima Tahun Lagi

oleh Qalif Latif|
Elon Musk sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengesahkan bahawa beliau akan terus memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla untuk tempoh lima tahun akan datang. Pengesahan itu dibuat secara terus terang semasa sesi temubual di Forum Ekonomi Qatar, dengan Musk menambah bahawa beliau hanya akan meninggalkan jawatan tersebut jika beliau “meninggal dunia” atau “digulingkan oleh aktivis”.

Menurut Musk, keutamaan beliau kini bukan semata-mata soal wang atau pampasan, tetapi lebih kepada soal kawalan terhadap masa depan Tesla yang kini sedang melangkah ke arah pembangunan kecerdasan buatan dan robot humanoid dalam skala besar. Beliau menegaskan bahawa untuk mencapai visi itu, beliau perlu memiliki kuasa undian majoriti dalam syarikat sebagai bentuk perlindungan daripada tekanan atau agenda pelabur luar yang mungkin cuba menggugat kepimpinan beliau.

Elon

“Kalau Tesla sedang bina berbilion robot humanoid, saya tak boleh biarkan syarikat ini berada di bawah kawalan sesiapa sahaja yang mungkin tak faham arah tujuan sebenar kita,” kata Musk.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyentuh keadaan pasaran semasa yang agak mencabar. Walaupun Tesla berdepan dengan penurunan jualan di Eropah, Musk tetap optimis dan menyatakan bahawa permintaan kekal kukuh di pasaran-pasaran utama lain termasuk Amerika Syarikat dan China. Beliau menafikan sebarang risiko kekurangan permintaan secara menyeluruh, malah yakin Tesla mampu mengekalkan momentumnya.

Elon

Ucapannya turut menjadi petunjuk jelas bahawa Elon Musk masih belum bersedia untuk menyerahkan tampuk pimpinan Tesla kepada mana-mana pengganti, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. Ini juga memberi isyarat bahawa hala tuju Tesla masih akan dipacu oleh pendekatan Musk yang penuh idealisme dan berisiko tinggi.

Elon

Berita Berkenaan

Berita Global
Keputusan itu dibuat hampir dua tahun selepas Mahkamah Chancery Delaware membatalkan pakej pampasan…
Berita Global
Latar Belakang Perselisihan Musk dan Waymo Kenyataan Musk itu tercetus selepas perbualan tentang…
Berita Global
Aduan pengguna lain menimbulkan persoalan mengenai kawal selia Tesla Seorang lagi pengguna Reddit…