General Motors merupakan pengeluar pertama yang membuat langkah tersebut, diikuti Volkswagen dan juga Stellantis.
Ketika bercakap di Twitter Spaces awal minggu lalu, Musk berjanji tidak akan memberikan kelebihan kepada syarikatnya Tesla, dan berharap lebih banyak eksekutif automotif kembali aktif di platform tersebut.
“Kami akan cuba berlaku adil sebaik mungkin,” jelasnya.
Elon Musk turut mengakui Twitter mengalami kerugian mendadak selepas beliau mengambil alih laman tersebut pada 27 Oktober lalu.
Sementara itu, General Motors dalam satu kenyataan menjelaskan langkah menghentikan sementara pengiklanan tersebut diambil untuk memahami arah tuju platform tersebut dibawah pemilikan baharu.