Elon Musk - 'EV China akan musnahkan syarikat lain jika tidak dihalang'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Elon Musk telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat kenderaan elektrik (EV) China bakal memusnahkan syarikat EV negara lain dalam masa terdekat.

Beliau berkata ia satu kepastian sekiranya halangan pada peringkat perdagangan tidak dikenakan pada EV keluaran China, yang pada ketika ini dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding kenderaan yang dikeluarkan oleh Tesla sendiri.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023.

Pada suku yang lalu, Tesla tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini.

Pada penghujung tahun lalu juga, BYD telah memintas Tesla sebagai pengeluar EV nombor satu dunia.

Kemunculan syarikat EV China mengubah landskap automotif walaupun mereka baru sahaja memasuki pasaran berbanding gergasi seperti Tesla, Honda, Hyundai Kia dan Ford.

Walaupun permintaan untuk EV berkurangan di China, kereta yang dihasilkan telah dieksport dengan jayanya ke pasaran luar. 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…