Elon Musk akui, model Tesla sekarang tak cukup mampu milik

oleh Mohamad Hanif|
Ketika bercakap kepada para penganalisis dan pelabur berkenaan prestasi suku kedua 2020, CEO Tesla Elon Musk mengakui barisan model sedia ada masih lagi 'terlalu mahal' dan belum cukup mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenyataan tersebut mencadangkan bahawa Tesla bakal memperkenalkan model-model yang lebih kecil dan paling penting dengan harga yang mampu milik.

"Adalah penting buat kami untuk menghasilkan kenderaan yang mampu milik, dan saya fikir kami tidak akan mencapai misi sekiranya terus menghasilkan kenderaan yang mahal," ujar Elon Musk lagi.

Model paling mampu milik yang ditawarkan oleh Tesla pada ketika ini adalah Tesla Model 3 (segmen D) dengan harga jualan bermula dari $37,990 (RM161,533), namun menurut laporan daripada Business Insider kebanyakan pembeli lebih gemar untuk memilih kenderaan berenjin dengan harga yang jauh lebih murah.

Ini bermakna, Tesla bakal hadir dengan sebuah model baharu (berkemungkinan besar segmen C) yang bakal diposisikan di bawah Model 3, diikuti dengan harga jualan yang jauh lebih mampu milik untuk sebuah Tesla.

Hal ini diperkuatkan dengan sebuah berita dari China pada Jun lalu, di mana Tesla telah melancarkan sebuah pertandingan rekaan untuk model baharu yang kecil dan bakal duduk dibawah Tesla Model 3.

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…