Elon Musk akui Cybertruck sukar untuk tembusi pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Elon Musk mengakui sukar bagi mereka untuk menawarkan trak pikap elektrik Cybertruck, terutama di pasaran yang ketat peraturannya, seperti contoh di China.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan di laman media sosial X, Elon Musk menjelaskan proses untuk menjadikan Cybertruck sah digunakan di atas jalan raya China mungkin akan menjadi sangat kompleks, dan sukar untuk dijual di sana.

 


Ini bermakna, Tesla Cybertruck hanya mungkin akan muncul di China sebagai unit pameran semata-mata.

Elon Musk dalam jawapannya di X tidak mendedahkan sebab sebenar kenapa Cybertruck sukar untuk dijual di pasaran China.

Namun, Tesla sebelum ini mengakui peraturan keselamatan pejalan kaki yang diguna pakai di Eropah mampu menjadi aral melintang bagi pengeluar itu menawarkan Cybertruck di sana.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini penampilan terakhir Tesla Cybertruck di Malaysia sedang dipamerkan di Mid Valley Southkey,…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…
Berita Global
Puluhan pelawat ke Carbon Neutrality Expo mengerumun ke booth Tesla untuk melihat trak Cybertruck…