Elitesoft terajui pembangunan hab pemasangan EV di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Elitesoft Capital Berhad (Elitesoft) mengambil langkah proaktif melalui kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa bagi memampankan pembangunan industri EV di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seiring dengan peningkatan permintaan pasaran EV, Elitesoft yang sebelum ini memasarkan barangan elektronik kini mula terlibat dengan pemasaran produk EV.

Elitesoft merupakan antara pembekal utama motosikal dan skuter elektrik berjenama antarabangsa seperti Surron, Super Soco, Go Trax, Yamee dan Talaria di Malaysia.

Seiring dengan perkembangan industri EV di Malaysia, syarikat itu kini meluaskan penglibatannya dalam industri EV menerusi pemasangan kenderaan tempatan (CKD).

 

2

 

Baru-baru ini juga, Elitesoft telah menjalinkan kerjasama bersama Roda Prestasi Sdn. Bhd. (Roda Prestasi), One Mobile Care Sdn. Bhd. (One Mobile Care), Super Soco, Sarkcyber Technology (Shanghai) Co. Ltd. (Sarkcyber) dan Xiamen Ampace Technology Limited (Xiamen Ampace).

Roda Prestasi yang berpengalaman dalam projek-projek pembangunan EV tempatan pernah menghasilkan motosikal elektrik BOS 2000 sekitar tahun 2018.

Syarikat itu juga telah banyak terlibat dengan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri EV tempatan.

Sebuah lagi syarikat tempatan, One Mobile Care akan memfokuskan kepada servis penyelenggaraan bateri dan alat ganti elektrik dalam kerjasama tersebut.

 

3

 

Syarikat itu kini mempunyai lebih 50 pusat sehenti di seluruh Malaysia bagi memudahkan akses pengguna EV mendapatkan khidmat penyelenggaraan dan penukaran bateri serta alat ganti.

Manakala tiga syarikat antarabangsa iaitu Super Soco, Sarkcyber dan Xiamen Ampace yang berpangkalan di China akan terlibat secara rasmi dari segi kerjasama pemindahan teknologi dan kepakaran.

Xiamen Ampace pula akan berperanan untuk melaksanakan pemindahan teknologi dan kepakaran pembuatan bateri khusus untuk EV di Malaysia, syarikat itu juga bakal membangunkan kilang pembuatan bateri EV tempatan.

Sebagai satu inisiatif untuk memastikan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan EV, Elitesoft turut menyediakan pusat pelupusan dan kitar semula bateri EV.