Elise Cup 260 sempena ulangtahun ke-70 Lotus

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 30 unit Lotus Elise Cup 260 akan dibina untuk seluruh dunia bagi menyambut ulangtahun ke-70 syarikat kenderaan sports British itu.

Dibina diatas model Cup 250 tetapi mengambil ciri-ciri dari Evora GT430 dan Exige Cup 380, model Elise istimewa ini adalah lebih ringan dari Elise Cup 250 dan ia mempunyai tekanan ke bawah (down force) sebanyak 44 peratus lebih baik dari Cup 250 juga.

Ini tercapai hasil dari fender hadapan yang mempunyai liang-liang, splitter hadapan dari carbon fibre serta GT-wing di belakang.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selain dari itu, banyak komponen datang dalam ebntuk carbon-fibre semata-mata untuk memastikan model ini ringan. Cermin di belakang pula menggunakan polycarbonate agar lebih ringan dari standard.

Hasilnya, Elise Cup 260 ini cuma 902 kg berat (tanpa muatan), lebih kurang 15 kg lebih ringan dari Elise Cup 250.

Penyerap hentak adalah dari jenis Nitron untuk keempat-empat tetapi untuk brek, Elise Cup 260 ini menggunakan angkup AP Racing di hadapan dan Brembo di belakang - hairan juga kenapa depan lain belakang lain.

Enjin ialah unit 1.8L supercharged 4-silinder dengan 250 hp dan mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 60 batu sejam (96 kmsj) dalam masa 3.8 saat. Halaju maksima ialah 243 kmsj.

Jika anda berminat untuk membeli sebuah kereta yang pasti akan bertaraf sangat “rare”, hubungi Lotus Asia Pasifik segera. 

 

elise cup 260

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…