Electra Meccanica Solo ditawarkan dengan versi kargo - storan sebesar 226 liter

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat EV Electra Meccanica sebelum ini telah pun melancarkan sebuah model tiga roda yang dinamakan sebagai Solo beberapa tahun yang lalu, namun ia memiliki satu kekurangan yang ketara - ruang barang yang amat kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2021, mereka membawakan kemaskini terhadap model EV tiga roda itu dengan versi muatan kargo yang lebih besar di bahagian belakang dan mampu menawarkan storan sehingga 226 liter berbanding 142 liter pada model terdahulu.

Hampir menyamai saiz kargo yang ditawarkan oleh Mazda 2.

Penambahan storan tersebut turut mengakibatkan dimensi Solo bertambah kepada 3120 mm, namun ia tidak memberikan kesan kepada jarak operasi sejauh 161 km dengan kelajuan tertinggi 129 km.
 

Solo


Mengikut spesifikasi asal, model Solo ini didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 82 hp yang memacu roda belakang, dan pek bateri 17.3 kWh yang boleh dicas dalam masa enam jam menggunakan soket dinding 110 voltan.

Menurut laporan daripada New Atlas, semenjak model Solo ini diperkenalkan, Electra Meccanica hanya mampu membina sebanyak 40 unit sahaja sepanjang tahun 2018.

Pada tahun 2019, syarikat itu bekerjasama dengan Zongshen Industrial Group dengan tujuan untuk menggandakan angka produksi kepada 5,000 unit,  namun hanya 50 sahaja unit pra-produksi yang diperoleh bertujuan untuk ujian pemanduan sebelum mereka memasuki fasa produksi penuh yang dijadualkan pada pertengahan 2020.
 

Solo


Produksi yang sebenar bermula pada Ogos 2020 namun hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya keluar dari kilang sepanjang tahun itu di mana ia digunakan untuk tujuan promosi serta pandu uji.

Pada tahun yang sama, Electra Meccanica juga turut berusaha untuk menggandakan kapasiti produksi dengan pembukaan kilang pengeluaran dan fasiliti kejuruteraan di Aruzona sebesar 21,832 meter persegi dengan kapasiti sehingga 20,000 unit kenderaan setahun dan bakal beroperasi pada tahun 2022.

Harga untuk sebuah Solo bermula dari US$18,500 (RM76,923) di Amerika Syarikat.

Sumber: New Atlas