Elbit Systems lancar dron tempur dengan keupayaan serangan kamikaze

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat teknologi pertahanan dari Israel, Elbit Systems tampil dengan sebuah dron tempur baharu dengan keupayaan beroperasi secara autonomi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Terima kasih kepada teknologi AI yang dimuatkan, dron yang digelar Lanius ini boleh bertindak sebagai sebuah senjata yang mampu mengesan target, dan melakukan serangan bunuh diri apabila diperlukan.

Menurut Elbit, dron ini boleh dioperasikan secara berasingan menggunakan alat kawalan jauh yang sama seperti dron yang biasa kita terbangkan.
 

Lanius


Dengan kelengkapan seperti kamera dan juga penderia, Lanius mempunyai berat berlepas maksimum 1.25 kg sahaja, termasuk dengan muatan bahan letupan seberat 150 gram.

Modul AI Nvidia Jetson yang digunakan direka khusus untuk tafsiran aliran data yang lebih pantas dengan kadar penggunaan tenaga yang rendah, dan dihubungkan dengan perisian pengurusan tempur Legion-X untuk misi autonomi berbilang dron.

Setiap satu dilengkapi dengan bateri lithium dengan tempoh penerbangan maksimum selama tujuh minit sahaja.

 

Lanius


Disebabkan had masa operasi, sebuah dron induk berskala industri yang lebih besar boleh digunakan untuk mengangkut sehingga tiga unit dron Lanius ke lokasi sasaran.

Dengan keupayaan AI, Lanius mampu mengesan poin rujukan seperti tingkap, pintu, menentukan musuh atau tebusan, mampu menentukan sama ada poin-poin tersebut terbuka ataupun tertutup, selain mampu untuk melakukan serangan hendap dan serangan bunuh diri (dengan bantuan pengendali).