Elantra baharu - bukti K-Pop berani mencabar

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah menganjurkan hari menguji pandu secara pengenalan bersama media model Hyundai Elantra generasi ke-6 ke Melaka.

 

Model Elantra generasi terbaharu ini menampilkan pembaharuan menyeluruh dari dalam dan luar, dan kerana ia berada pada pasaran segmen C, iaitu segmen yang mempunyai saingan sengit dari jenama Jepun seperti Honda, Toyota, Mazda dan Nissan, ia perlu mengemukakan sesuatu yang baru dan menarik pada pembeli-pembeli.

 

E1

 

Walaupun sesi pemanduan ke Melaka hanya mengambil satu hari, namun ia cukup untuk memberikan kami tanggapan ringkas tentang personaliti keseluruhan model Elantra baharu dan sedikit citarasa tentang rasa dan kualiti kereta ini semasa dipandu dijalanraya.

 

E200A-15

 

Sesi pemanduan dibahagikan pada dua sesi, iaitu satu semasa berangkat ke Melaka dan satu semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. 

 

E3

 

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu 2.0 MPI Executive (RM116,388), 2.0 MPI Dynamic (RM120,588) dan Elantra Sport, yang berharga RM131,488.

 

E4

 

Kami memulakan sesi pemanduan ke Melaka dengan memandu varian 2.0 MPI Executive, iaitu varian yang mempunyai ciri-ciri mekanikal yang serupa dengan varian 2.0 MPI Dynamic.

 

Kedua-dua varian Executive dan Dynamic berkongsi enjin Nu 2.0 liter MPI empat silinder yang dihubung pada kotak gear enam kelajuan automatik. Ia berupaya untuk menjanakan 150 hp pada 6,200 rpm dan 192 Nm tork pada 4,000 rpm.

E5

 

Jika dilihat dari hiasan luaran, beza antara varian ini adalah tambahan daytime running lights (DRL), lampu LED dan bodykit pada varian Dynamic. 

 

E6

 

Namun begitu, varian Executive yang kami pandu ke Melaka sudah cukup berkelihatan sporty dan premium. Bentuk baharu yang lebih kemas, segak dan tajam sudah memadai untuk penampilan moden dan sofistikated.

 

 

Dari lokasi Holiday Inn Glenmarie, kami bergerak secara konvoi menuju ke arah Seremban menggunakan North Klang Valley Expressway (NKVE) dan juga melalui lebuhraya Elite.

 

Tidak lama untuk kami berasa kagum dengan kualiti pemanduan Elantra. 

 

E-10

 

Pertama sekali ialah kerusi duduk yang dibuat dari kulit dan sued memang sangat selesa dan lembut. Tetapi yang paling menakjubkan ialah cara suspensinya melembutkan rasa permukaan jalanraya. 

 

Samada jalur kuning yang diperbuat dari konkrit atau lubang-lubang kecil pada permukaan tidak rata, suspensi Elantra dapat menghalang apa-apa rasa kekasaran dari masuk ke dalam ruang penumpang, sama seperti sensasi pada kereta buatan Eropah. 

 

Rasa keselesaan dari suspensinya amat baik, walaupun tayarnya bersaiz berprofil rendah (225/45R17) lebih baik dan tidak seperti yang ada pada kereta-kereta saingan buatan Jepun lain.

 

Hasil terbaik dari segi keselesaan ini mungkin kerana pengalaman Hyundai melantik pakar-pakar suspensi dan kawalan pengendalian dari BMW bahagian M, terutama pada model khusus pasaran Eropahnya. Ternyata rangka badan Elantra ini jauh lebih ketat dari model sebelum ini. 

 

ElantraSport

 

Selalunya suspensi yang ditala untuk kelembutan adalah lemah dari segi kawalan, tetapi pada Elantra, Hyundai berjaya mengimbang antara memberi keselesaan pengasingan dari permukaan jalan namun suspensinya masih cukup tegang untuk mengekalkan kawalan stereng yang baik. 

 

turbo

 

Tahap pengasingan ruang penumpang dari bunyi bising di luar juga baik pada kelajuan di lebuhraya. Bunyi tayar juga tidak sampai ke dalam ruang penumpang. Semua bekerjasama dengan kelancaran penukaran gear automatik yang tidak pernah lembab mencari gear rendah.

 

ElantraSportbelakang

 

Permandangan hiasan ruang dalam mungkin tidak semoden dan secantik hiasan luar tetapi dari segi bahan yang digunakan, Elantra cukup memuaskan. Butang-butang kawalan dan paparan grafik kesemuanya jelas dan mudah untuk dipelajari dan digunakan sewaktu memandu.

 

Setibanya kami di hotel Majestic untuk makan tengahari, kami juga disajikan dengan beberapa model Elantra Sport. Varian-varian 2.0 MPI Executive dan Dynamic mempunyai pilihan warna cantik seperti biru (Marina blue) tetapi buat pertama kali pada waktu itu kami dapat melihat warna unik kuning Blazing Yellow pada varian Elantra Sport. 

BlueE

 

Elantra Sport menggunakan enjin Gamma 1.6-litre Turbo-GDI, yang menjana 202 hp pada 6,000 rpm dan 265 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm. Ia dihubung pada gear dwi klac Ecoshift tujuh kelajuan. Dari segi pecutan, menurut Hyundai enjin 2.0 mencatat 9.9 saat, manakala enjin 1.6 turbo pula mencatat 7.7 saat untuk ke 100km/j. 

 

Elantra Sport menjadi kereta kami dalam perjalanan pulang ke KL. Sebaik kami berlepas dari bandar Melaka, perbezaan atau kelebihan varian ini menyerlah. Bunyi enjin berbeza, lebih sporty, dan kadar penukaran gear juga lebih cergas. 

 

Bluedrive

 

Dari dalam, anda akan mula merasa bahawa Elantra Sport ini adalah varian lebih premium. Ruang dalamnya lebih gelap dengan terdapat beberapa hiasan garisan merah. Kerusi duduknya dibaluti kulit sepenuhnya, tetapi malangnya (bagi mata kami) ia kombinasi warna hitam dan merah. Dari segi keselesaan, kami dapati varian Executive lebih selesa, tetapi kerusi varian Sport ini lebih memberi sokongan, penting jika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

 

Dengan suspensi yang lebih tegang dan enjin yang lebih berprestasi, perjalanan kami pulang ke kota memandu Elantra Sport adalah sangat menyeronokan. 

 

Tetapi pada pandangan kami, varian 2.0 MPI Executive sudah memadai untuk kebanyakan pembeli-pembeli. 

MajesticElantra

Ia menampilkan rekabentuk Elantra yang sangat segak dan kemas, ruang dalam yang cukup luas bagi segmen C dan paling penting, kombinasi enjin, kotak gear dan suspensi yang sangat memuaskan, yang seakan-akan mempunyai kualiti kereta buatan Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…