Elakkan microsleep ketika merentas negeri!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang yang sudah terbiasa memandu tidak kira siang atau malam, tidur mikro (microsleep) sememangnya merupakan musuh yang tidak diundang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tatkala diri masih lagi menekankan semangat 'Malaysia boleh' ke dalam sanubari, kondisi fizikal pula tidak begitu mengizinkan, hilang tumpuan pemanduan, dan silap haribulan, kita mungkin akan menerima hon yang panjang dari kereta belakang, atau bangun dari atas katil hospital.

Apa itu ‘microsleep’?

Microsleep merujuk kepada satu perbuatan tidur singkat yang tidak dapat dikawal, kebiasaannya berlaku dalam tempoh satu hingga 30 saat.

Keadaan ini boleh terjadi tanpa amaran, dan kebiasaanya kerap terjadi apabila seseorang individu itu berada dalam keadaan yang mengantuk dan cuba untuk kekal berjaga sepanjang pemanduan, malah boleh juga terjadi dalam keadaan mata yang terbuka!

Microsleep boleh terjadi akibat terlalu mengantuk, serta faktor kurang tidur atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi.

 

sumber: Driven


Microsleep boleh dicegah menerusi beberapa langkah berikut:

  • Pastikan jumlah tidur yang berkualiti dan mencukupi, antara 7-9 jam sehari untuk orang dewasa.
  • Buat perubahan terhadap rutin harian, seperti mengelakkan peralatan komunikasi (handphone) sewaktu hendak masuk tidur, dan mengubah suhu bilik ke tahap yang selesa
  • Power nap, atau tidur di waktu tengah hari tidak melebihi 20 minit bagi membantu menjadikan diri anda lebih segar
  • Elakkan tidur siang melebihi 30 minit bagi mengelakkan diri lebih lesu dan mengantuk


Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu seperti:

  • luangkan masa untuk berhenti rehat seketika di tempat yang selamat
  • elakkan memandu bersendirian, dan cuba berbual dengan penumpang di sebelah
  • buka tingkap kereta bagi membenarkan udara segar masuk. Antara sebab microsleep berlaku adalah kekurangan oksigen di dalam badan.
  • bagi sesetengah pemandu, mereka lebih gemar meminum minuman berkafein, seperti kopi atau minuman tenaga untuk memastikan kekal berjaga dan bertenaga sepanjang pemanduan.

Sumber: Caring2u

Berita Berkenaan

Informasi
  "Siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi pada 9 Mei lalu ketika…
Berita Domestik
Kejadian jam 4.45 pagi itu menyebabkan penumpang kereta, Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42 tahun, dan…