Elak penganjur disaman lagi - SIC teliti SOP acara penganjuran di litar Sepang

oleh SALINA JALIL|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti langkah terbaik bagi membantu pihak penganjur sukan permotoran memperkemaskan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi acara penganjuran mereka di litar berkenaan.


Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, siasatan membabitkan isu yang berlaku ketika penganjuran MUSC SIC Sepang Drag Cars Test and Tune awal bulan ini menunjukkan kurangnya penguatkuasaan dilakukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Acara drag itu - penganjuran tempatan pertama yang membenarkan penonton turut serta sejak pandemik COVID-19 melanda - gagal mengikuti SOP ditetapkan dengan pihak penganjur MUSC bergelut bagi mengawal 2,000 penonton kerana kekurangan tenaga kerja.

 

Susulan insiden berkenaan, MUSC dikompaun RM20,000 oleh pihak polis.

 

"Kami sudah berbincang bersama Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) termasuk MUSC untuk melihat secara dekat mengenai apakah yang berlaku bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa depan," kata Shafriman atau lebih mudah disapa Shaf itu.

 

"Kami mendapati punca utama (isu) adalah kerana (kurang) penguatkuasaan. Ini adalah sesuatu yang perlu diperketatkan pada acara masa akan datang. Kami akan bekerjasama dengan pihak penganjur dalam aspek ini dan tanggungjawab itu akan dikongsi bersama.

 

 

"Daripada sudut kos, kami akan berbincang perkara ini bersama kementerian kerana kami memahami penguatkuasaan (tenaga kerja) akan menyebabkan kos penganjuran meningkat.

 

"Sasaran kami adalah membantu mengurangkan bebas ditanggung pihak penganjur daripada aspek ini, jadi mereka boleh meneruskan acara penganjuran mereka di Sepang."

 

SIC selaku penyedia venue, tidak diwajibkan untuk menyediakan tenaga kerja bagi mengawal orang ramai kepada pihak penganjur acara yang menyewa kemudahan litar.

 

Begitupun, Shaf memberi jaminan kepada komuniti perlumbaan drag sama sekali tidak dipersalahkan atas insiden yang berlaku itu.

 

"Kami tidak akan menutup komuniti perlumbaan drag (di SIC). Misi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka dan memastikan yang mereka memahami SOP yang perlu diikuti.

 

"Ini kerana kami sudah berusaha begitu gigih untuk mendapatkan kelulusan SOP sukan permotoran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua pihak berwajib. Jadi kami akan meneruskan acara sukan permotoran di sini," tambah Shaf.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut kenyataan itu, apa yang berlaku itu adalah di luar jangkaan dan akan diperbaiki pada masa…
Berita Domestik
  Hannah menegaskan denda antara RM50,000 sehingga RM500,000 boleh dikenakan kepada penganjur…
Berita Domestik
  Beliau berkata, selepas acara selesai, pihaknya diminta datang untuk menyuraikan peserta yang…