Elak kucing punca kemalangan - bukan stereng terkunci

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini beberapa laman Facebook memuat-naik berita mendakwa seorang pemandu Axia mengalami kemalangan kerana "stereng yang tidak boleh dipusing seperti biasa".

Seterusnya, laman Facebook yang sangat prihatin itu menasihatkan kesemua "pengguna Axia sila berhati-hati" kerana tidak mungkin pemandunya mengantuk kerana belia baharu memandu sejauh 100 meter sahaja dari rumah.

Kejadian yang berlaku di Feld Semenchu itu mengakibatkan sebuah Perodua Axia terbabas dan menjunam ke halaman rumah seorang penduduk di situ.

 

axia fb 1

 

Careta menerima gambar laporan polis yang dilakukan oleh pemandu Axia itu dari seorang pembaca.

Menurut laporan tersebut, pemandu itu sedang memandu pada jam 4.30 pm dadari Felcra Sungai Layau ke klinik Desa Semenchi dan tiba-tiba seekor kucing melintas di hadapannya.

Pemandu tersebut cuba mengelakan kucing itu tetapi beliau terbabas ke kanan jalan dan menjunam masuk ke dalam halaman rumah di bawah lereng bukit itu.

Perodua Axia itu mengalami kerosakan bamper hdapan, hud kemek, lampu hadapan pecah, fender kemek, lower-arm patah dan pelbagai kerosakan lagi.

Diharapkan kita sebagai pengguna media sosial jangan terus membuat kesimpulan berdasarkan tuduhan-tuduhan tanpa bukti. 

Menyebarkan fitnah itu pastinya adalah perbuatan yang dilarang di dalam mana-mana agama sekalipun.

Ia juga membuktikan setiap organisasi media online perlu menerima latihan agar mampu menghasilkan laporan yang lebih telus dan tepat.

 

laporan polis axia


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…