Elak didenda RM50K terbang dron tanpa permit, cara mohon mudah saja

oleh SALINA JALIL|
Ketika mula diperkenalkan di pasaran, dron atau pesawat udara tanpa juruterbang dianggap barang mewah kerana harganya yang agak mahal, apatah lagi ia pada asalnya dicipta untuk kegunaan ketenteraan.
Modenas

 

Namun perkembangan pantas teknologi menjadikan dron semakin murah dan mampu milik. Harga dron dijual semurah RM50 hingga RM1,000 untuk Toys grade dan RM1,500 hingga RM60,000 untuk Hobby grade, bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam dron itu sendiri.

 

Keupayaan dron merakam panorama indah dari sudut tinggi menimbulkan minat dan menjadi kegilaan pengguna, malah sebagai hobi rekreasi dan komersial, terutamanya dalam kalangan jurugambar dan juruvideo.

 

Namun kini, peminat mahupun pemilik dron perlu mendapatkan permit kelulusan daripada pihak berkaitan sebelum menerbangkan dron di sesuatu kawasan.

 

Tak boleh lagi sesuka hati membuat penerbangan tanpa sebarang kelulusan bagi mengelakkan daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

 

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah. Antaranya adalah seperti:

1. Layari laman sesawang https://www.caam.gov.my/

2.Muat turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.

3.Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke [email protected]

 

 

Permohonan perlu dibuat 14 hari sebelum merancang untuk terbangkan dron. Menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

 

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.

 

 

 

Info dari PDRM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Rondaan agresif di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bawah kendalian ATM sejauh…
Berita Global
  "Bagaimanapun, ia (kebakaran) dapat dikawal," lapor stesen televisyen kerajaan, Al-Ekhbariya…
Berita Domestik
  Katanya, proses-proses lain perlu dilakukan secara dalam talian atau menerusi platform…