Ekzos bising jimat minyak - alasan budak rempit

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Lejang/Samseng Jalanan di kawasan Dungun kelmarin memberi alasan bahawa ekzos bernilai RM300 yang dipasang pada motosikal beliau menjimatkan minyak.

Menurut Harian Metro, pemuda berusia 28 tahun itu merayu agar tidak dikenakan saman kerana mendakwa ekzos "aftermarket" beliau tidak mengganggu ketenteraman awam dan beliau tidak pernah dimarahi penduduk kampungnya.

Polis bagaimanapun tidak melayan rayuan beliau dan mengeluarkan saman serta meminta pemuda itu memasang kembali ekzos yang diluluskan.

Polis Dungun mengeluarkan 22 saman dalam masa dua jam operasi tersebut berlangsung. Seramai dua pegawai dan 14 anggota polis ditugaskan di situ.

Sebanyak 384 kenderaan dan 390 individu diperiksa. 

Seorang lelaki berumur 46 tahun yang mempunyai banyak rekod jenayah lampau ditahan kerana memiliki dua biji pil kuda.

Careta tertarik dengan kenyataan pemuda tersebut di mana beliau mendakwa tidak pernah dimarahi oleh penduduk kampung kerana ekzos yang bising.

Mungkin sekarang ini penduduk perlu membuka mulut jika motosikal jiran terlalu bising - baik Y-suku mahupun Harley-Davidson atau Ducati bernilai ratusan ribu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Domestik
Tiga anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK…