EV dari hasil pengeluar kereta di China bernilai USD3.2 billion (RM14.1 billion) telah dieksport pada bulan November, memberikan peningkatan sehingga 165% berbanding tahun lalu.
Data daripada pihak berkuasa kastam China menunjukkan, negara-negara Eropah seperti Belgium dan England adalah pengimport terbesar, mengambil hampir 70% daripada eksport tersebut.

Eksport kenderaan penumpang elektrik menyumbang lebih separuh daripada jumlah penghantaran kereta selama dua bulan berturut-turut.
Semua angka itu terhasil apabila pembuat kereta Eropah, termasuk Volkswagen AG dan BMW AG, bertujuan untuk membuat alat ganti dan kereta di dalam China kerana kapasiti pengeluaran terhad di pasaran negara mereka.
SAIC Motor Corp., pemilik China bagi jenama British MG Motors, juga telah mengembangkan rangkaian pengedarannya untuk menjual kenderaan elektrik di Eropah melalui import.

Manakala Tesla pula menghantar lebih 37,000 kereta dari China bulan lepas, selepas hanya mengeksport 60 buah pada Mac dan terhenti bermula April, apabila syarikat itu menghentikan pemasangan kerana penutupan kilang di Shanghai.