Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 hujung minggu ini di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur

oleh SALINA JALIL|
Quill Automobiles, Ingress Auto dan Wheelcorp Premium, tiga pengedar yang mewakili jenama BMW dan MINI di Lembah Klang akan mengadakan sebuah acara istimewa – Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 dan akan mengubah “The Marquee”,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kepada tapak wakil pengedar BMW dan MINI yang terbesar di pusat bandar raya!


Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 akan berlangsung pada hujung minggu ini, mulai 6 Disember hingga 8 Disember 2019.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Acara tersebut akan mempersembahkan lebih daripada 90 buah kenderaan yang boleh didapati dengan tawaran-tawaran menarik yang meliputi program Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 6 Tahun serta 5 Tahun, kadar pembiayaan khas bermula daripada 0.33 peratus, Insurans Motor Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Motor Insurance) untuk setahun, dan banyak lagi tawaran, khusus untuk kenderaan BMW atau MINI anda.

 

Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 akan berlangsung di “The Marquee”, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…