Ejen insurans sengaja bakar 8 kereta termasuk Bentley demi komisyen

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam tiga kejadian berasingan membakar lapan kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas, di sini, ditahan di sebuah hotel di sebuah pusat peranginan, Isnin lalu.


Suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans itu disyaki akan mengenalpasti semua pemilik kenderaan yang menjadi sasarannya sebelum berpakat dengan pemilik kenderaan untuk membakar kereta mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata modus operandi suspek adalah untuk mendapatkan komisen tuntutan insurans daripada pemilik kenderaan yang dibakarnya secara sengaja.

 

"Sepanjang tahun ini terdapat tiga kes membabitkan kejadian kenderaan yang dipercayai sengaja dibakar oleh suspek yang sama sehingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk di kawasan setempat di Jalan Putramas, Kuala Lumpur.

 

"Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kenderaan, sebelum tiga lagi kenderaan dibakar pada 4 Julai lalu dan dua kenderaan dikesan dibakar dan kejadian berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 4.30 pagi Isnin lalu sebelum dia ditahan," katanya ketika dihubungi.

 

Nik Ros Azhan berkata, antara kenderaan yang dibakar adalah Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 475 Kanun Keseksaan.

 

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti pemilik kenderaan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Menurut hantaran di Facebook IPD Port Dickson, kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu masing-…
Informasi
  Malaysia tidak terkecuali dan di sini ialah tiga cara utama peminat automotif boleh menggunakan…