Hadir sebagai sebuah crossover-tourer, GSX-S1000GX memfokuskan tunggangan jarak jauh bersama beberapa ciri terbaharu Suzuki, di mana ia turut menampilkan rekaan yang lebih agresif.
Antara tambahan baharu yang menjadi tarikan utama ialah sistem Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES), di mana GSX-S1000GX menjadi model Suzuki yang pertama untuk menerima ciri tersebut.
Dikawal secara elektronik, sistem tersebut melaraskan redaman suspensi berdasarkan input yang berkaitan seperti kelajuan motosikal, permukaan jalan dan juga brek.
Satu lagi ciri tambahan baharu pada GSX-S1000GX ialah program Suzuki Road Adaptive Stabilization (SRAS), di mana ia berfungsi bersama beberapa input dari sensor untuk melaraskan SAES berdasarkan sebarang permukaan jalan tidak rata.
Tujuan SRAS adalah untuk menyesuaikan tetapan suspensi bagi menghadapi permukaan yang tidak rata, dan juga menjadikan tunggangan yang lebih sporti di jalan biasa.
Seperti model-model baharu yang lain, GSX-S1000GX turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S), di mana ia merangkumi beberapa ciri bantuan elektronik seperti:
- Suzuki Drive Mode Selector Alpha
- Automatic Rear Suspension Modes
- Ride-by-wire throttle
- Quickshifter
- Smart Cruise Control
- Motion Track Brake System
- Slope Dependent Control System
- Suzuki Easy Start
- Low RPM assist
Dari segi saiz, GSX-S1000GX memiliki dimensi 2,150 mm panjang, 925 mm lebar, 1,350 mm tinggi dan 1,470 mm jarak roda. Sementara ketinggian tempat duduk ialah 845 mm dan berat 232 kg.
Selain itu juga, sebagai sebuah model crossover-tourer, ia hanya ditawarkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci bersama tayar tanpa tiub di depan dan belakang.
Menjadi antara ahli baharu, GSX-S1000GX menggunakan nadi yang sama seperti GSX-S1000, bagaimanapun angka kuasanya belum didedahkan.