EICMA 2023: Kawasaki Z7 HEV 2024, nadi hibrid 451 cc, kuasa cecah 68.5 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira sebulan selepas pengenalan model Ninja 7 HEV, Kawasaki akhirnya secara rasmi melancarkan kembar naked motosikal hibrid Z7 HEV bertempat di pameran EICMA 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawasaki Z7 HEV ini berkongsi nadi hibrid yang sama dengan Ninja 7 HEV, di mana ia membawakan enjin parallel-twin 451 cc (58 hp) yang digandingkan dengan motor elektrik 9 kW (12 hp).
 

Z7


Secara keseluruhan, nadi hibrid Z7 HEV ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 68.5 hp, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan di mana penunggang boleh memilih mod auto atau menekan butang pada bar hendal.

Sama seperti Ninja 7, Z7 juga boleh bergerak dalam mod elektrik sepenuh masa sejauh 12 km (dalam kelajuan rendah).
 

Z7


Terdapat dua mod tunggangan, iaitu Sport dan Eco, selain dibantu dengan sistem idle-stop, serta fungsi tujahan e-boost yang boleh dinikmati dalam tempoh lima saat.

Kawasaki Z7 juga turut menawarkan mod WALK untuk tunggangan di kawasan parkir dengan had sehingga 4.8 km/j atau mengundur sepantas 3 km/j.
 

Z7


Menurut Kawasaki, trenkuasa hibrid Z7 ini menawarkan kuasa yang setanding dengan motosikal 750 cc, namun menawarkan penggunaan bahan api yang sama seperti motosikal 250 cc.

Segala informasi penting boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci yang turut menyokong sambungan kepada peranti pintar.

Kawasaki Z7 HEV akan mula dijual di pasaran Eropah pada Mei 2024.