EICMA 2021: Kawasaki Versys 650, Versys 650 LT 2022 untuk pengembara jarak jauh

oleh Mohamad Hanif|
Siri motosikal kembara Kawasaki Versys dikemaskini bersempena dengan acara EICMA 2021 yang berlangsung, di mana Kawasaki membawakan dua buah model iaitu Versys 650 2022 serta versi yang direka untuk perjalanan jarak jauh - Versys 650 LT 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak banyak perubahan dari segi teknikal, namun Kawasaki membawakan ciri-ciri baharu untuk keluarga Versys 650, seperti contoh kawalan cengkaman Kawasaki Traction Control yang muncul buat pertama kali untuk model ini, diikuti dengan cermin penghadang angin boleh laras empat cara.
 

Versys


Selain daripada itu, Versys 650 hadir dengan ciri lampu utama LED, skrin TFT berwarna bersaiz 4.3 inci dengan fungsi kecerahan boleh laras, serta sokongan sambungan Bluetooth.

Versys 650 LT 2022 pula dikhususkan untuk mereka yang menggemari tunggangan jarak jauh dengan lebih selesa menggunakan jentera yang lebih praktikal.
 

Versys


Antara ciri unik termasuklah pelindung tangan, outlet USB, cermin penghadang angin yang lebih tinggi, satu set beg saddle KQR 28 liter, pelindung pada enjin, serta pad tangki.

Di Amerika Syarikat, harga jualan Versys 650 bermula dari $8,899 (RM37,629) sementara Versys 650 LT pula bermula dari $9,999 (RM42,281).

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk versi kali ini, para jurutera Honda masih lagi cuba mengekalkan nadi empat silinder sebaris…
Berita Global
Kini, setelah berbulan-bulan diuji, Kawasaki akhirnya melancarkan secara rasmi model Ninja H2 SX SE…