EICMA 2021: Kawasaki H2 SX SE 2022 kini dengan teknologi bantuan radar

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar Februari 2021, beberapa media antarabangsa melaporkan kelibat model Ninja H2 SX yang dilengkapi dengan teknologi kawalan jelajah berasaskan radar dikesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, setelah berbulan-bulan diuji, Kawasaki akhirnya melancarkan secara rasmi model Ninja H2 SX SE 2022 dengan naiktaraf kelengkapan tunggangan Kawasaki Advanced Rider Assist System (ARAS).

Kelengkapan berasaskan radar tersebut membolehkan Kawasaki H2 SX SE 2022 ini didatangkan dengan ciri termasuklah kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran pelanggaran hadapan (FCW), serta ciri pengesanan titik buta (BSD).
 

H2


Selain daripada itu, jentera sport-tourer ini juga turut mendapat unit lampu LED, komponen upper cowl yang menempatkan unit radar, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), hold assist (VHA) serta fungsi kawalan jauh pada kunci.

Segala informasi boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT berwarna bersaiz 6.5 inci dengan sistem infotainmen SPIN dan sokongan sambungan Bluetooth untuk peranti pintar.

Untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, jentera ini didatangkan sekali dengan ciri pemanas pada pendikit, slot pengecasan USB dan rekaan pelana yang lebih lebar untuk penunggang dan pembonceng.
 

H2


Unit enjin 998 cc dengan pengecas lampau itu telah ditala semula pemasaan cam untuk prestasi yang lebih baik di atas lebuh raya terutama ketika julat putaran enjin rendah-pertengahan, diikuti dengan sistem ekzos baharu yang telah dibuang unit pre-silencer.

Untuk memastikan pengedaran kuasa yang lebih lancar, gear kedua telah disemak semula, sementara klac slipper-assist dan bendalir klac telah dioptimasikan semula bagi memudahkan penunggang menukar kepada gear neutral.
 

KECS


Sistem gantungan Kawasaki's Electronic Control Suspension (KECS) kini dengan teknologi Showa Skyhook EERA, terdiri daripada fork hadapan Showa 43 mm jenis USD, diikuti penyerap hentak Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC).

Penunggang boleh memilih sama ada untuk menggunakan mod tunggangan Sport, Road, Rain atau Manual.

Harga jualan Kawasaki Ninja H2 SX SE 2022 bermula dari $27,500 (RM116,284) dan ia boleh didapati dalam warna Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black/Metallic Graphite Gray.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk versi kali ini, para jurutera Honda masih lagi cuba mengekalkan nadi empat silinder sebaris…
Berita Global
Tidak banyak perubahan dari segi teknikal, namun Kawasaki membawakan ciri-ciri baharu untuk…