EICMA 2021: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP sempena ulang tahun ke-30 kelahiran Fireblade

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 menandakan ulang tahun yang ke-30 kehadiran model Fireblade di muka bumi, dan bersempena dengan itu Honda menerusi acara EICMA 2021 membawakan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk versi kali ini, para jurutera Honda masih lagi cuba mengekalkan nadi empat silinder sebaris 999 cc yang mampu menghasilkan 215 kuasa kuda, serta kerangka serba ringan dan panel badan aerodinamik.
 

CBR1000RR-R


Namun, antara perubahan yang dibawakan termasuklah mengubahsuai sedikit platform CBR ini seperti penggunaan sproket belakang 43 gigi, port kemasukan baharu, corong kotak udara yang dikemaskini serta seksyen tengah sistem ekzos yang disemak semula.

Hasilnya, CBR1000RR-R Fireblade SP ini jauh lebih stabil ketika mengambil selekoh serta kelajuan ketika keluar dari selekoh yang telah dipertingkat, dengan kuasa yang lebih mudah diakses ketika julat putaran enjin rendah-pertengahan.
 

CBR1000RR-R


Honda turut mengemaskini kawalan elektronik Honda Selectable Torque Control untuk tunggangan yang lebih stabil ketika meratah selekoh.

Untuk model edisi ulang tahun ini, Honda menawarkan layangan liveri klasik putih/merah/biru yang mengingatkan kita kepada model Honda CBR900RR 1992, selain mendatangkan grafik permulaan unik untuk skrin TFT, pelana pembonceng berwarna biru, lencana ulang tahun ke-30 pada tangki, serta unit peredam Akrapovic.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, setelah berbulan-bulan diuji, Kawasaki akhirnya melancarkan secara rasmi model Ninja H2 SX SE…
Berita Global
Tidak banyak perubahan dari segi teknikal, namun Kawasaki membawakan ciri-ciri baharu untuk…