EHang bakal bina terminal teksi udara di China

oleh Mohamad Hanif|
Selepas mengumumkan perancangan untuk memasuki pasaran Eropah dan membina infrastruktur pengujian teksi udara di Sepanyol, firma EHang kini bekerjasama dengan Bandar Hezhou, Wilayah Guangxi untuk membina terminal teksi udara di sana.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Terminal teksi udara yang bakal beroperasi di bandar pelancongan itu dikatakan bakal beroperasi menjelang akhir tahun 2020.

Bangunan terminal E-port itu merupakan sebuah bangunan tiga tingkat berkeluasan 2,500 meter persegi, ruang menunggu terletak di tingkat kedua manakala ruang pelepasan dan ketibaan pula di tingkat ketiga.

 


Sementara itu di ruang bumbung bangunan pula akan menempatkan empat ruang mendarat bagi kenderaan udara autonomi (AAV) walaupun pada asalnya terdapat perancangan untuk menempatkan kira-kira 20 unit AAV EHang 216 dua tempat duduk untuk beroperasi di fasiliti berkenaan.

Teksi udara EHang 216 memiliki lapan lengan yang menempatkan dua rotor setiap satu dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 130 km/j dengan masa penerbangan sekitar 21 minit untuk setiap caj penuh.

Ini bermakna, tidak semua unit EHang 216 bakal beroperasi sepanjang masa untuk membawa pelancong ke bandar tersebut.

 


Sumber: New Atlas