Efesto tingkat kuasa Panigale kepada 300 hp!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sekiranya anda merasakan 205 hp dari Ducati Panigale anda itu masih tidak bermaya, kini wujud pilihan untuk anda tingkatkan ia kepada 300 hp.

Sebuah syarikat Perancis, Efesto telah membina sebuah kit yang membolehkan Panigale ini mencapai kuasa setinggi itu tetapi ia melibatkan sistem elektronik yang membabitkan inverter, motor elektrik dan pek bateri berkuasa tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kit hibrid itu juga mampu membenarkan Panigale ini bergerak dengan kuasa elektrik sahaja selama 40 minit.

Walaupun kit itu menjadikan Panigale yang seksi itu seperti ikan belukang bunting, usaha Efesto ini harus diberikan penghargaan kerana bukan mudah untuk menyumbatkan bateri ke dalam sebuah superbike, apa lagi sebuah Panigale.

 

 

Tiga komponen utama yang akan menyebabkan jurutera-jurutera pening kepala ialah motor elektrik, inverter dan pek bateri.

Untuk Panigale ini, Efesto telah meletakan motor elektrik itu di bawah aci engkol enjin L-twin Ducati itu.

Inverter pula diletakkan di bawah silinder hadapan dan disorokkan dengan baik oleh fairing. 

Kesempitan ruang menyebabkan ekzos asal Panigale ini ditukar kepada bentuk yang berpetak dan tirus.

Pek bateri itu diletakkan di bahagian ekor Ducati tersebut. Sebuah kerangka tambah dibina dan ditutup dengan plastik berwarna hitam.

 

 

Motor elektrik yang digunakan ialah dari jenis sejukan cecair axial flux yang menghasilkan 108 hp dan daya kilas setinggi 150 Nm.

Bila ditambah dengan kuasa dari enjin asal, jumlah tujahan tenaga maksima sudah mencapai 300 hp dan daya kilas naik sehingga 295 Nm - lebih dari cukup dan sudah mengerikan.

Berat Ducati Panigale ini meningkat dari 163 kg kepada 194 kg - masih boleh diterima untuk kategori superbike sekarang.

Efesto juga menawarkan empat mod tunggangan untuk sistem hibrid itu:

  • Elektrik sepenuhnya - boleh menunggang di kawasan urban selama 40 minit
  • Petrol sahaja - tiada tambahan tenaga bateri tetapi masih ada fungsi regenerative braking untuk menghasilkan tenaga elektrik
  • Mod kustom - anda boleh set tahap daya kilas dan tenaga dari motor elektrik tersebut
  • Mod boost - mod ini ialah untuk mereka yang tahu apa yang mereka lakukan kerana anda boleh menggunakan segala tenaga yang dihamburkan oleh enjin petrol dan kit hibrid tersebut.

Efesto masih tidak lagi mengumumkan samada model ini akan dibina untuk dijual kepada pasaran umum ataupun harganya tetapi sekiranya anda, adakah anda sanggup mengorbankan Panigale anda? 

*Sumber dari Efesto