Edisi terhad Yamaha Lagenda 115Z GP SRT dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan sebuah model edisi terhad Lagenda GP SRT Edition bersempena dengan pusingan terakhir Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Sepang hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Model ini menggunakan penampilan berinspirasi daripada jentera YZR-M1 yang digunakan oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam perlumbaan MotoGP melalui pasukan Petronas Yamaha SRT.

 

Dari segi teknikal dan kelengkapannya ia masih sama seperti Lagenda 115Z yang telah berada dalam pasaran sebelum ini. 

 

Ia didatangkan dengan enjin satu silinder 113.7 cc empat strok SOHC suntikan bahan api berkuasa 10 hp dan 9.9 Nm tork, bersama padanan kotak gear empat kelajuan.

 

Kelengkapan lain termasuk fork teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, brek cakera di depan dan dram di belakang, tangki bahan api 4.1 liter, rim 17 inci, tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 di belakang serta pemula enjin tendang dan elektrik.

 

Tempoh jaminan adalah selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu), Lagenda 115Z GP SRT Limited Edition ini juga didatangkan dengan sijil pemilikan khas yang disahkan sendiri oleh HLYM. 

 

Ia akan berada di pasaran pada pertengahan bulan Disember ini dengan harga RM5,580 iaitu penambahan sebanyak RM400 dari terdahulu.

 

yamaha 3

 

 

pic 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…