Edisi terhad die-cast Matchbox® sempena ulang tahun ke-70!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Matchbox 70th Anniversary Limited Edition
Matchbox 70th Anniversary Limited Edition
Sempena ulang tahun ke-70 Matchbox® dan tujuh dekad replika kereta mini (die-cast), Mattel memperkenalkan siri edisi khas yang penulis jangka akan membuat para peminat tersenyum.

Ada tujuh siri yang menggabungkan pelbagai kenderaan yang diminati pengumpul dan model ikonik yang merentasi tujuh dekad dan dari serata dunia.

Siri edisi terhad ini adalah satu daripada pelbagai cara sambutan Matchbox yang akan diumumkan pada Julai 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Matchbox 70th Anniversary Limited Edition

 

Satu perkara menarik, sejumlah model replika akan dibuat menggunakan zink yang dikitar semula.

Selain itu, Matchbox berhasrat untuk mengeluarkan permainan dan pembungkusan yang dibuat daripada 100 peratus bahan kitar semula.

Matchbox juga mahu menggunakan bahan boleh kitar semula dan plastik berasaskan bio menjelang 2030.

Dari gambar yang dikongsi boleh dilihat pelbagai kereta menarik seperti Bugatti, Mercedes-Benz, Porsche, Ford, Audi, Mazda, Nissan dan macam-macam lagi!

 

Matchbox 70th Anniversary Limited Edition

 

Harap maaf, penulis tidak menemui senarai lengkap siri yang ditawarkan. Carian di laman web setakat artikel ditulis hanya menunjukkan laman penambat (landing page).

Sekadar mencuba, berikut disenaraikan model replika Matchbox 70 tahun:

  • Nissan Skyline R30
  • Hummer EV
  • Mazda MX-30
  • Ford Mustang
  • Mercedes-AMG 6x6
  • Corvette Stingray
  • Morris Minor
  • Bugatti Divo

Harga (RRP) seunit kenderaan replika bermula daripada 2.30 pound (RM12).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Matchbox 70th Anniversary Limited Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…
Berita Global
Mattel turut berkata mereka telah menghubungi semua yang telah menempah model skala Cybertruck itu…
Berita Global
Selalunya apabila kita singgah di kedai mainan seperti Toys R Us atau stesen minyak, antara mainan…