Edisi Kedua: Perlumbaan Toyota Gazoo Racing bukan sebarangan!

oleh SALINA JALIL|
Sejak beberapa minggu yang lepas, para pengamal media sering kali mengingatkan anda tentang perlumbaan Toyota Gazoo Racing yang akan berentap untuk musim ketiga dan akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada hari Jumaat dan Sabtu minggu ini.


Perlumbaan di sebuah stadium yang diubah suai dan menepati ciri-ciri keselamatan bukan sahaja kepada para peserta perlumbaan tetapi penonton juga amat jarang didapati di negara kita, kerana itu ramai para pengamal media menyarankan anda untuk tidak melepaskan peluang ini dan melihat sendiri secara 'live' di setiap lokasi pertandingan ini.



MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden Motor UMW Toyota Ravindran K. turut berkata bahawa aktiviti-aktiviti seperti Festival Toyota Gazoo Racing dan siri perlumbaan Toyota Vios Challenge bukan sahaja menyokong inisiatif untuk memacu jenama Toyota secara global dan domestik tetapi ia juga membuka peluang kepada peminat sukan motorsport di Malaysia yang kini amat diperlukan.

 

Selepas mempertimbangkan dengan teliti semua faktor, kami percaya pendekatan terbaik untuk menimbulkan minat dan penghargaan kepada penduduk tempatan dalam sukan motorsport adalah dengan membawa perlumbaan lebih dekat kepada rakyat. Selain itu konsep berlumba di jalan memberikan satu cabaran yang berlainan dari berlumba di trek". 

 

 

Beliau turut berkata, "Salah satu contoh adalah konsep satu siri, di mana pengubahsuaian dihadkan pada kenderaan untuk menjadikan ia lebih murah untuk pemandu amatur dan profesional tempatan untuk menyertai dan dalam masa yang sama, ia menjadikan ia lebih kompetitif di mana kemahiran pemandu akan diuji berbanding prestasi kenderaan semata-mata.

 

"Kemampuan adalah kata kunci di sini dan untuk membuat sukan motorsports ini lebih mudah diakses oleh orang ramai, termasuk generasi muda untuk turut serta."

 

 

Toyota Vios Challenge adalah menawarkan pakej khas untuk membeli kereta perlumbaan, termasuk semua keperluan tayar dan bahan api untuk musim ini selain harga bersubsidi untuk alat ganti dan hadiah wang tunai yang menarik.

 

UMW Toyota Motor juga telah mengadakan perlumbaan motor di alam maya dengan memperkenalkan siri perlumbaan Gazoo Racing Velocity E-Sports.


"Perlu ada kesinambungan dalam motorsports dan E-Sports adalah satu platform yang menjangkau berjuta-juta anak muda di seluruh dunia, terutama kanak-kanak, yang mungkin atau mungkin tidak ingin bercuti dalam satu hari. Apa Gazoo Racing dan Toyota Racing Gazoo berharap untuk mencapai tahap global dan domestik masing-masing, adalah untuk menyemai semangat dan minat yang kental untuk sukan motorsports. "

 

hayden


Bagi memastikan kesinambungan dalam sukan motorsport ini terutama kepada golongan muda, Cabaran Toyota Vios merupakan platform yang ideal.

 

Sebagai contoh, Hayden Haikal yang berusia 14 tahun yang telah berjaya membuat peralihan dari karting ke perlumbaan kereta saloon. Hayden kembali ke Musim Ketiga bersama pendatang baharu, Bradley Benedict Anthony yang berusia 17 tahun.
 

 

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Akio Takeyama juga turut menerangkan bahawa siri perlumbaan berprestij merupakan agenda yang besar untuk memperkenal dan mempromosikan aktiviti global Gazoo Racing Toyota.

 

Toyota telah bersaing dalam sukan bermotor global sejak tahun 1957, tetapi pada tahun 2015, UMW telah mengambil langkah untuk menyatukan semua aktiviti perlumbaan bermotor di bawah Gazoo Racing. Tindakan ini berhasil kerana ia telah memenangi banyak perlumbaan yang bertaraf dunia termasuk 24 Hours of Le Mans, Kejohanan Ketahanan Kereta Sukan Dunia, Rali Dakar dan Kejohanan Rali Dunia.

 

'Gazoo' berasal dari perkataan Jepun, 'gazo', yang bermaksud 'gambar' atau 'imej' dan pada awalnya, para jurutera Toyota mempunyai pandangan secara mental dengan garaj yang dipenuhi dengan kereta-kereta unik, seperti GR Supra, model pertama yang memakai lencana GR.

 

Alangkah bertuahnya kita kerana berpeluang melihat sendiri pertandingan ini, lebih-lebih lagi apabila tiada yuran kemasukan yang perlu dibayar kerana ia adalah PERCUMA dan anda hanya perlu meluangkan masa dan sedikit kerajinan untuk ke stadium pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

 

Selain menyaksikan perlumbaan dari jaguh-jaguh pelumba professional tanah air, anda juga berpeluang bertentang mata dengan para celebriti yang turut mengambil bahagian dalam Kelas Promotional yang mempamerkan artis-artis tempatan seperti, Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan Diana Danielle. 

 

Dua muka baharu yang bakal berentap di dalam kelas tersebut untuk kali pertama di musim ketiga TGR Festival ialah Ain Edruce dan Syafiq Kyle. 

 

Jumpa di sana ya....

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Hampir kesemua pelumba muda jelas menunjukkan rentak dalam pemanduan masing-masing bagi menguasai…
Sukan Bermotor
Pelumba berusia 26 tahun itu kembali bersaing dalam kelas Super Sporting, dimana dia akan berentap…
Sukan Bermotor
Dalam kelas Super Sporting, pelumba veteran Eddie Liew (Laser Motor Racing) muncul sebagai juara…