Edisi akhir Toyota Supra A90 Final Edition dan Supra A90 2025

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Supra A90 Final Edition dan Supra A90 2025
Toyota Supra A90 Final Edition dan Supra A90 2025
Masanya telah tiba apabila Toyota mengumumkan GR Supra A90 Final Edition. Perjalanan Supra A90 memang panjang sebelum dilancar secara rasmi pada 2019.

Pada 2007 Toyota mempertontonkan model konsep FT-HS iaitu lima tahun selepas A80 Supra ditamatkan.

Pada 2014 Toyota mempamerkan model konsep FT-1 yang juga hasil rekaan studio CALTY di California, Amerika Syarikat.

Model pra pengeluaran dibawa ke Festival Goodwood pada 2018 dan akhirnya Supra A90 diperkenalkan secara rasmi pada 2019 di Detroit.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025
Toyota FT-1 Concept 2014
Toyota FT-1 Concept 2014

 

Model edisi istimewa Supra A90 Final Edition akan ditawarkan ke pasaran antarabangsa namun dihadkan sebanyak 300 buah sahaja.

Pelanggan yang tidak berkesempatan masih mempunyai peluang mendapatkan Supra 2025 yang dipertingkatkan.

Satu lagi yang dimaklumkan, Toyota Gazoo Racing (TGR) akan terus menambah baik Supra melalui sukan permotoran.

Ini bermakna Supra A90 akan terus berada di atas jalan namun bukan aspal jalan raya awam.

 

Toyota Supra A90 Final Edition

 

Enjin B58 3.0 liter turbo menghasilkan 435 ps dan 570Nm atau lonjakan daripada 387 ps dan 500Nm pada model 2025.

Angka ini sama seperti model 2022/23 dan lebih tinggi berbanding model 2020. Tiada kotak gear automatik untuk Final Edition berbanding kedua-dua jenis untuk Supra 2025.

Pembaharuan merangkumi semakan pada laluan kemasukan udara, pemangkin tekanan belakang rendah bagi mengurangkan kehilangan tekanan dan pengoptimuman kawalan enjin.

Plat penahan dipasang pada takungan minyak enjin bagi menghalang pembahagian minyak tidak sekata semasa pemanduan berprestasi di selekoh.

 

Toyota Supra A90 2025

 

Prestasi penyejukan turut ditingkatkan dengan menambah baik kipas penyejuk radiator, menambah sub-radiator dan membesarkan sirip penyejuk penutup gear pembeza.

Satu lagi yang istimewa ialah peredam titanium Akrapovič untuk bunyi enjin lebih berkuasa.

Dari segi pengendalian, kawalan pembeza aktif dioptimumkan untuk mengurangkan pembelokan kurang (understeer) dan meningkatkan pengendalian.

Final Edition menggunakan penyerap hentak boleh laras KW sama seperti GR Supra GT4. Penstabil depan dan belakang dipertingkat untuk aksi lebih baik.

 

Toyota Supra A90 Final Edition dan Supra A90 2025

 

Banyak lagi yang dipertingkat di antaranya sesendal lengan bawah depan, pelaras (pillow ball joint) lengan kawalan depan dan cagak aluminium subrangka belakang seperti GR Supra GT4.

Sudut kamber roda depan dan belakang diubah bagi meningkatkan cengkaman untuk kestabilan di selekoh yang lebih bagus.

Kawalan stereng kuasa elektrik dioptimumkan untuk rasa stereng lebih langsung dan prestasi kawalan yang lebih baik.

Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 saiz 265/35Z1 dan 285/30 sepuluh peratus lebih lebar daripada Supra 2025. Logo TGR diukir pada bibir rim 19 di depan dan 20 inci di belakang.

 

Toyota Supra A90 Final Edition

 

Bahagian dalam kereta menyerlah dengan kerusi bucket gentian karbon RECARO Podium CF dan dibalut Alcantara® yang juga diguna pada stereng, perehat tangan dan perkakasan lain.

Kerusi pemandu berwarna merah dan hitam untuk penumpang dan dipadan bersama tali pinggang keledar merah. Pelapik bendul pintu dibuat daripada gentian karbon.

Pada bahagian luar, spoiler depan, sirip bampar, flap tengah depan dan spoiler belakang dengan tiang leher angsa mengingkatkan kepada GR Supra GT4.

Pakej tersebut mengoptimumkan keseimbangan aerodinamik depan dan belakang, daya mendap, seretan dan meningkatkan hubungan dengan jalan dan prestasi pengendalian.

 

Toyota Supra A90 Final Edition

 

Liang gentian karbon pada tukup mempunyai saluran dalaman boleh alih untuk meningkatkan prestasi penyejukan apabila ditanggalkan.

Menghentikan kereta ialah angkup Brembo empat omboh 19 inci dengan cakera berliang 395 milimeter (mm) dan 345 mm.

Supra 2025 menggunakan angkup Brembo empat omboh 18 inci dengan cakera 374 mm dan 345 mm.

Kedua-dua GR Supra A90 Final Edition dan GR Supra 2025 bakal dilancar secara rasmi mengikut pasaran pada 2025.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Supra A90 Final Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Autonomi di sini bermaksud gerakan gelongsoran seperti putaran stereng, tukaran gear dan lain-…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…